Hai,assalamualaikum semua 🤗.
Semua pasti hendak tahu apakah aktiviti yang dijalankan oleh Eco-Schools🙋.Tuan-tuan
dan puan-puan mungkin sering diberi cerahan bahawa program eco-school
hanya mengaitkan aktiviti menghijaukan halaman sekolah.Namun begitu,
dengan mengikuti perkembangan blog kami 🙂 akan mengubah persepsi anda!
Eco-Schools adalah program global melibatkan berjuta-juta kanak-kanak di seluruh 64 negara,menjadikannya program sekolah terbesar di dunia.😯
Selama lebih daripada 20 tahun Eco-Schools telah memberi kuasa kepada kanak-kanak untuk memacu perubahan dan meningkatkan kesedaran alam sekitar melalui proses mudah tujuh langkah yang sama yang telah
digunakan dengan jayanya di seluruh dunia.
Eco-Schools
🌱meningkatkan kemahiran murid,
🌱menimbulkan kesedaran alam sekitar,
🌱meningkatkan persekitaran sekolah
🌱mewujudkan simpanan kewangan untuk sekolah-sekolah dan juga berbagai macam faedah lain.
# Kalau anda semua ingin memahami lebih lanjut,menontonlah video 📽️🎞️📽️ di bawah ini👇
Tema Eco-Schools
Semua pasti tak sabarkan nak tahu apa tema Eco-schools.. Meh saya beritahu..Begini tuan-tuan dan puan-puan Program Eco-Schools sebenarnya ada 2 sama ada Antarabangsa mahupun Malaysia.Program Eco-Schools Antarabangsa ada 10 tema manakala Program Eco-Schools Malaysia ada 9 tema yang digariskan...Apakah temanya? Antara tema Program Eco-Schools Malaysia ialah:
terbaik
BalasPadam